minggu ini masih lagi pembentangan travel agensi, minggu ini menceritakan keindahan negeri selangor,perak dan pahang, seperti yang kita maklum malaysia terdapat 14 buah negeri dan 14 buah negeri tersebut memiliki tempat2 perlancongan yang tersendiri dan indah sama sekali..hehe.. minggu lepas kita sudah lihat serba sedikit tentang negeri serawak dan melaka tetapi pada minggu ini kita akan lihat 3 buah lagi negeri yang memiliki tempat perlancongan yang menarik..
1) SELANGOR
Kompleks Taman Seni Islam
Terletak di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Di Kompleks Taman Seni Islam ini terdapat beberapa galeri di sini
yang boleh dikunjungi, seperti Galeri Al Quran Mushaf Malaysia,
Galeri Nur Fatimah, Galeri As Sakinah, Galeri Cenderahati,
Bahagian Penyalinan Mushaf Al Quran, Design, Grafik, Pewarnaan,
Penerapan Emas dan lain-lain lagi.


Pasu Batik Felda Sungai Tengi
Sejenis alat perhiasan tradisional. untuk membuatnya sangat memerlukan
kemahiran yang tinggi serta kesabaran kerana
memakan masa selama 3 hari untuk
menyiapkannya.


Genting Strawberry Leisure Farm
Strawberry Leisure Farm ni terletak betul-betul di sempadan
Selangor-Pahang. Buah yang cukup segar dan merah menyala sudah semestinya
mengiurkan pengunjung yang datang kesitu.



I-City Shah Alam



dan lain2 tempat yang menarik yang berada di selangor..
seterusnya
2) PERAK
Taman Negeri Royal Belum
Taman Negeri Royal Belum adalah hutan dara yang luas dan salah satu kawasan hutan
simpan terbesar di Semenanjung.Antara haiwan liar di hutan ialah gajah, badak sumbu, tapir dan harimau. Royal
Belum juga kaya dengan biodiversiti di mana tiga daripada 20 spesies bunga Rafflesia
boleh dijumpai dan kesemua 10 spesies enggang Malaysia berkampung di situ.



Hutan Paya Bakau Matang
Diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906, Hutan Paya Bakau Matang
ini berkeluasan kira-kira 40,000 hektar. Ia adalah rizab hutan paya bakau terbesar di
Semenanjung Malaysia. Matang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang
tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur.

Bukit Larut, Taiping
Bukit Larut atau nama lainnya Bukit Maxwell. Ia terletak kira-kira 12 km dari bandar
Taiping dan lebih kurang 1250 meter dari paras laut dan merupakan kawasan
peranginan PERTAMA dan tertua di Malaysia.



Sungai Klah Hot Spring
Dikelilingi bukit bukau serta gunung yang menghijau, Sungai Klah Hot Springs
menawarkan sesuatu yang cukup unik.Dibuka pada 2003, ia bukan saja menawarkan keseronokan mandi atau berendam di
kolam air panas semula jadi dan air gunung tetapi pemandangan indah yang cukup
menyenangkan


Lumut/Pulau Pangkor
terletak lebih kuran 85 kilometer ( km ) dari ipoh, Lumut cukup terkenal dengan
keindahan hasil kraftangan batu karang yg unik serta cantik untuk dilawati.
Ia juga sering dikunjungi oleh pelancong yg mahu ke Pulau Pangkor, yang hanya
mengambil masa lebih kurang 30 minit hingga 45 minit dengan menaiki feri untuk
menyeberangi ke pulau tersebut.



dan lain2 tempat yang menarik..
seterusnya..
3) PAHANG
pahang juga memiliki tempat yang menarik tetapi jalan kaki travel agensi sdn bhd membuat pakej ke pahang dan hanya dua tempat sahaja yang termasuk dalam pakej tersebut iaitu Cameron Highland dan Pulau Tioman.
Cameron Highland
cameron highland kerana ini adalah salah
stu tempat yang bersuhu rendah dalam Malaysia ini. cameron Highland mempunyai
kriteria menarik yang tersendiri dan semamangnya menjadi tumpuan umum
sama ada orang tempatan ataupun pelancong asing.
antara tempat yang menarik di sana ialah:
-Ladang-ladang Teh Boh
-Ladang Strawberry
-Ladang Strawberry KHM
-Tanah Rata
-Ladang Strawberry Big Red(Big Red Strawberry)Brinchang
-Taman Agro Tourism, Brinchang





PULAU TIOMAN
pulau tioman ini terkenal dengan lautan yang cantik dan indah pulau ini juga dikatakan antara pulau yang tercantik di asia, perjalanan hendak kesana memerlukan masa yang tidak lama dalam 1 jam 1/2 lebih kurang,dan tempat ini juga aktif dengan aktiviti snowkling..





pakej jalan kaki travel agensi ini juga menyediakan resort dan makan malam,resort yang dipilih ialah paya beach resort yang mana resort ini memang betul sebelah laut dan bayarannya sangat berpatutan..



pakej makan malam yang disediakan juga terdiri daripada makanan tradisi pahang dan juga bbq seafood..
makanan tradisi pahang


bbq seafood

dan lain2..
sekian
No comments:
Post a Comment