Sunday, 9 February 2014

MINGGU 12 (pembentangan)

minggu ke 12 ini masih lagi dalam pembentangan kumpulan yang mana kami diberi pilihan negeri2 untuk menceritakan tentang keistimewaan negeri tersebut, pada minggu ini dua kumpulan sahaja yang dapat bentang yang mana kumpulan pertama membentangkan negeri serawak..

SERAWAK

 
 

di serawak terdapat pelbagai tempat yang menarik yang boleh kita kunjungi dan disana amatlah sesuai untuk pelancung, antara yang menarik di sana ialah:

1. Taman Negara Bako.

Antara taman negara yang tertua di Malaysia. Mula beroperasi pada
tahun 1957. mempunyai kawasan seluas 27 km persegi. Apa yang terdapat
di sana seperti pelbagai tumbuh-tumbuhan hutan paya, belukar dan bakau.
Selain itu terdapat pelbagai hidupan liar serta persisiran pantai yang menarik. 
Antara gambarannya :


2. Gua Niah.

Gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. tambahan lagi, gua 
ini juga adalah antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. akan tetapi, gua niah ini 
merupakan taman negara yang terkecil dalam negeri sarawak. Diwartakan sebagai 
Monumen Sejarah Kebangsaan pada 23 November 1974. 
gambaran sedikit di sana :


 


3. Kek Lapis.

Kek lapis adalah salah satu tarikan yang ada di Sarawak. Kek lapis mempunyai
pelbagai perasa yang sedap dan digemari oleh variasi etnik dan usia. 
Kek lapis juga mempunyai khasiat tersendiri dan merupakan buatan
tangan.



4. Matang Wildlife Centre.

Ini adalah sebuah tempat  yang mana kita dapat melihat flora dan fauna.
Kita boleh melihat kepelbagaian spesis orang utan. Orang utan adalah 
suatu binatang yang dominan di Sarawak.











MELAKA


kumpulan pembentangan yang kedua pula membentangkan tentang negeri melaka, di negeri melaka terdapat banyak tempat melawat sama juga seperti serawak tetapi yang menariknya di melaka ini adalah tampat yang dikenali sebagai bandar bersejarah.
disana banyak tempat menarik yang dapat kita lihat antaranya..

1) Menara Taming Sari


2) Kota A Famosa

Kota yang paling popular di negeri ini. Dibina oleh tentera potugis.

 

3) St. Paul Church

Terletak di Bandar Hilir, Melaka. Dibina oleh Kapte Portugis bernama Duarte Coelho.
Dinamakan 'Our Lady of The Hill'.

 


No comments:

Post a Comment