Thursday, 13 February 2014

MINGGU 14 (pembentangan)

minggu 14 ini juga masih lagi pembentangan travel agensi, kali ini di negeri lain pula dan menceritakan tempat2 yang menarik di negeri tersebut, pembentangan kali ini terdiri daripada negeri sabah, kuala lumpur dan johor. 



SABAH








 
sabah merupakan tahan borneo yang mana tempat ini memiliki banyak tempat perlancongan dan terdapat banyak pulau disini, ini membuat perlancong tertarik untuk ke sini yang menariknya untuk ke sabah ini kita meniki kapal terbang dan tampa memerlukan passport, hehe,
antara tempat yang paling popular di sabah ialah :    

gunung kinabalu 

gunung kinabalu ini antara gunung yang tertinggi di asia, jangka masa untuk mendaki gunung ini lebih kurang 6/7 jam untuk sampai ke puncak dan menurun pula dalam masa 2/3 jam kenara mengikut pergerakan graviti, gunung ini memiliki dua level yang mana level yang pertama kawasan hutan dan pokok2 dan level yang kedua pula kawasan batu2 yang mana tidak terdapat tumbuh2an yang banyak..
 

 

 
untuk lihat gambar yang lebih lanjut boleh lihat di internet dan boleh pergi sendiri tempatnya.


pulau mabul

pulau mabul ini juga dikenali sebagai pulau yang tercantik di malaysia dan asia yang mana pulau ini memiliki air laut yang berwarna biru, jernih dan binatang2 lautan yang banyak dan cantik, ia sesuai untuk aktiviti selam skuba, kedudukan pulau ini dekat dengan pulau sipadan.











pulau sipadan

pulau sipadan ini terletak di sabah dan pulau ini juga antara pulau yang tercantik di asia sama juga seperti pulau mabul dan kedudukannya juga boleh dikatakan jiran sbelah, yang menariknya disini pernah dijadikan tempat lakonan dalam cerita duyung, di pulau ini juga amat lah sesuai untuk aktiviti snowkling dan selam skuba.








dan lain2 gambar boleh lihat di internet.
seterusnya




kuala lumpur(wilayah persekutuan)

kuala lumpur adalah ibu negeri bagi negara malaysia, dan disini boleh dikatakan bandar yang termaju di malaysia dan malaysia boleh dikatakan negara maju kerana memiliki bandar dan teknologi yang cangih seperti kuala lumpur, antara tempat yang terbaik disana yang sesuai untuk jadikan tempat melancung dan hari keluarga ialah :


Zoo Negara Malaysia 

adalah zoo nasional yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Ia mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman. Zoo Negara bermula dengan koleksi induknya yang kini telah berkembang sehingga 459 spesies hidupan liar. Zoo yang dihuni kira-kira 5000 haiwan ini telah mengalami banyak transformasi dengan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga para pengunjung.








Taman Burung Kuala Lumpur

terletak berhampiran dengan Tasik Perdana, Kuala Lumpur, Malaysia. Di sekitar kawasan ini terdapat pelbagai pusat pelancongan lain seperti Taman Rama-Rama, Masjid Negara, Taman Bunga Raya, Balai Memorial Tun Abdul Razak, Planetarium Negara dan lain-lain.
Taman Burung ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali pada 15 November 1991. Ia diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Taman burung ini merupakan sebuah taman sari burung dan taman tropika khas untuk pencinta-pencinta alam. Taman burung ini dikatakan sebuah taman burung yang terbesar di rantau Asia Tenggara dengan merangkumi kawasan lembah menghijau seluas 20.9 ekar. 








Menara Kuala Lumpur

 ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. Menara ini merupakan bangunan komunikasi ketujuh tertinggi di dunia.






Menara Berkembar PETRONAS

di Kuala LumpurMalaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakanmenara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996)






Aquaria KLCC 

ialah taman dalam air yang terletak di bawah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dalam kawasan pembangunan KLCC.
Meliputi kawasan 60,000 sq ft (6,000 m²) dalam dua aras dengan terowong bawah air sepanjang 90 meter, Aquaria KLCC menempatkan lebih 20,000 hidupan daratan dan air dari lebih 250 spesies berbeza dari dalam dan luar negara. Juga terdapat pondok maklumat interaktif mengenai pemuliharaan hidupan laut, serta kawasan peruncitan bertema seluas 5,000 sq ft (500 m²).








Petrosains 

Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dalam Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas.
Petrosains menawarkan tempat yang sempurna bagi pengunjung melalui ketakjuban sains dan teknologi. Di sini pengunjung dapat belajar mengenai pembabitan Malaysia alam industri minyak.











Johor Darul Ta'zim 

ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadanan dengan negeri MelakaNegeri Sembilan dan Pahang. Negeri Johor juga dikelilingi oleh kawasan perairan seperti Laut China Selatan di timur,Selat Tebrau di selatan serta Selat Melaka di bahagian barat. Bagi persempadanan antarabangsa pula, negeri Johor berkongsi sempadan maritim bersama Provinsi Kepulauan Riau dibahagian laut sebelah timur, disebelah barat pula bersempadan maritim dengan Provinsi Riau,Indonesia. Manakala bahagian selatan pula dipisahkan dengan Selat Tebrau bersama Republik Singapura.

di johor juga terdapat banyak tmpat lawatan yang boleh kita lawat antaranya ialah :


Desaru

 ialah sebuah kawasan pelancongan pantai di Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Ia terletak lebih kurang 88 kilometer timur dariJohor Bahru, di Laut China Selatan. Ia ialah sebuah kawasan pelancongan popular bagi rakyat Singapura pada hujung minggu untuk berehat.
Berdekatan dengan pantai ini terletaknya Bandar Penawar, yang mana terdapat beberapa sekolah berasrama. Antaranya ialah Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Sekolah Sukan Bandar Penawar dan Sekolah Menengah kebangsaan Agama Bandar Penawar.


 







Zoo Johor

zoo johor juga menjadi tumpuan para pelancung di jahor kerana zoo johor antara zoo yang agak simple kemasukan bg seorang hanya RM2.00 murah dan puas hati, juga terdapat binatang-binatang yang banyak dan menarik.










Muar Bandar diraja

Daerah Muar terletak di barat laut negeri JohorMalaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri (lebih dikenali dengan nama Bandar Maharani) dan juga daerah kecil Tangkak. Muar bersempadan dengan negeri Melaka (Sungai Rambai) di utara, daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan. 
sekarang ini bandar muar lebih dikenali sebagai bandar diraja kerana adanya sultan johor di sana.











Gunung Ledang

 (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim,Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter , Gunung Ledang merupakangunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan SumateraIndonesia dengan jelas.








dan bnyak lg tempat yang menarik di johor..

sekian..

Wednesday, 12 February 2014

MINGGU 13 (pembentangan)

minggu ini masih lagi pembentangan travel agensi, minggu ini menceritakan keindahan negeri selangor,perak dan pahang, seperti yang kita maklum malaysia terdapat 14 buah negeri dan 14 buah negeri tersebut memiliki tempat2 perlancongan yang tersendiri dan indah sama sekali..hehe.. minggu lepas kita sudah lihat serba sedikit tentang negeri serawak dan melaka tetapi pada minggu ini kita akan lihat 3 buah lagi negeri yang memiliki tempat perlancongan yang menarik..



1) SELANGOR

Kompleks Taman Seni Islam

Terletak di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Di Kompleks Taman Seni Islam ini terdapat beberapa galeri di sini

yang boleh dikunjungi, seperti Galeri Al Quran Mushaf Malaysia,
Galeri Nur Fatimah, Galeri As Sakinah, Galeri Cenderahati,
Bahagian Penyalinan Mushaf Al Quran, Design, Grafik, Pewarnaan,
Penerapan Emas dan lain-lain lagi.





Pasu Batik Felda Sungai Tengi

Sejenis alat perhiasan tradisional. untuk membuatnya sangat memerlukan 
kemahiran yang tinggi serta kesabaran kerana
memakan masa selama 3 hari untuk
menyiapkannya.




Genting Strawberry Leisure Farm

Strawberry Leisure Farm ni terletak betul-betul di sempadan
Selangor-Pahang. Buah yang cukup segar dan merah menyala sudah semestinya
mengiurkan pengunjung yang datang kesitu.






I-City Shah Alam




dan lain2 tempat yang menarik yang berada di selangor..

seterusnya


2) PERAK

Taman Negeri Royal Belum

Taman Negeri Royal Belum adalah hutan dara yang luas dan salah satu kawasan hutan
simpan terbesar di Semenanjung.Antara haiwan liar di hutan ialah gajah, badak sumbu, tapir dan harimau. Royal
Belum juga kaya dengan biodiversiti di mana tiga daripada 20 spesies bunga Rafflesia
boleh dijumpai dan kesemua 10 spesies enggang Malaysia berkampung di situ.





Hutan Paya Bakau Matang

Diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906, Hutan Paya Bakau Matang
ini berkeluasan kira-kira 40,000 hektar. Ia adalah rizab hutan paya bakau terbesar di
Semenanjung Malaysia. Matang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang
tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur.




Bukit Larut, Taiping

Bukit Larut atau nama lainnya Bukit Maxwell. Ia terletak kira-kira 12 km dari bandar
Taiping dan lebih kurang 1250 meter dari paras laut dan merupakan kawasan
peranginan PERTAMA dan tertua di Malaysia.





Sungai Klah Hot Spring

Dikelilingi bukit bukau serta gunung yang menghijau, Sungai Klah Hot Springs
menawarkan sesuatu yang cukup unik.Dibuka pada 2003, ia bukan saja menawarkan keseronokan mandi atau berendam di
kolam air panas semula jadi dan air gunung tetapi pemandangan indah yang cukup
menyenangkan




Lumut/Pulau Pangkor

terletak lebih kuran 85 kilometer ( km ) dari ipoh, Lumut cukup terkenal dengan
keindahan hasil kraftangan batu karang yg unik serta cantik untuk dilawati.
Ia juga sering dikunjungi oleh pelancong yg mahu ke Pulau Pangkor, yang hanya
mengambil masa lebih kurang 30 minit hingga 45 minit dengan menaiki feri untuk
menyeberangi ke pulau tersebut.




dan lain2 tempat yang menarik..

seterusnya..


3) PAHANG

pahang juga memiliki tempat yang menarik tetapi jalan kaki travel agensi sdn bhd membuat pakej ke pahang dan hanya dua tempat sahaja yang termasuk dalam pakej tersebut iaitu Cameron Highland dan Pulau Tioman.


Cameron Highland

cameron highland kerana ini adalah salah 
stu tempat yang bersuhu rendah dalam Malaysia ini. cameron Highland mempunyai
kriteria menarik yang tersendiri dan semamangnya menjadi tumpuan umum
sama ada orang tempatan ataupun pelancong asing.

antara tempat yang menarik di sana ialah:

-Ladang-ladang Teh Boh
-Ladang Strawberry
-Ladang Strawberry KHM
-Tanah Rata
-Ladang Strawberry Big Red(Big Red Strawberry)Brinchang
-Taman Agro Tourism, Brinchang

cameron highlands map






PULAU TIOMAN

pulau tioman ini terkenal dengan lautan yang cantik dan indah pulau ini juga dikatakan antara pulau yang tercantik di asia, perjalanan hendak kesana memerlukan masa yang tidak lama dalam 1 jam 1/2 lebih kurang,dan tempat ini juga aktif dengan aktiviti snowkling..






pakej jalan kaki travel agensi ini juga menyediakan resort dan makan malam,resort yang dipilih ialah paya beach resort yang mana resort ini memang betul sebelah laut dan bayarannya  sangat berpatutan..





pakej makan malam yang disediakan juga terdiri daripada makanan tradisi pahang dan juga bbq seafood..


makanan tradisi pahang


bbq seafood


dan lain2..

sekian