Sunday, 17 November 2013

MINGGU 2 (teknologi maklumat)

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMPUTER
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.



TEKNOLOGI KOMPUTER

Komputer multimedia
Perkataan ‘multimedia’ telah menjadi sebutan orang ramai mulai pertengahan 1990an  Mulitimedia adalah teknologi yang mempersembahkan maklumat dalam bentuk lebih daripada satu media iaitu teks, grafik, animasi, video, muzik dan suara. Komputer Peribadi Multimedia (MPC) adalah komputer yang boleh menghasilkan bunyi dan video, menjalankan CD-ROM dan memainkan permainan (games).


Pembantu digital persona
Pada tahun 1988 penjadual Elektronik (electronic organisers) kecil telah dipernalkan.  Kegunaannya adalah untuk menyimpan nombor telefon dan senarai tugasan harian.  Pada tahun 1993 penjadual elektronik telah digantikan oleh pembantu digital personal (personal digital assistant) atau ringkasnya ‘PDA’. PDA boleh menyimpan kalender temu janji, menulis memo, mendapat perkhidmatan Internet, menghantar faks dan e-mail.





OPERASI KOMPUTER YANG ASAS

(a) Input - Input bermakna memasukkan data ke dalam komputer dan memberikan arahan.  Perkakasan yang digunakan ialah papan  kekunci, tetikus, pengimbas dan lain- lain
(b) Pemprosesan dan ingatan - Pemprosesan dijalankan dengan menggunakan  perisian dan data yang diproses tersimpan dalam memori utama atau RAM
(c) Output - Segala data dan maklumat yang telah diproses akan ditunjukkan melalui monitor dan pencetak
(d) Storan sekunder - Menyimpan maklumat dalam cakera liut, cakera keras, CD-ROM dan pita magnetik
(e) Komunikasi - Cara maklumat dihantar dan diterima oleh komputer













SEJARAH TEKNOLOGI MKLUMAT


Generasi pertama komputer 940-1956

Tiub vakum diperkenalkan. Merupakan alat elektronik diperbuat daripada kaca dan digunakan sebagai komponen komputer untuk menyimpan memproses data, generasi komputer pertama (ENIAC) mempunyai berat 30 tan, 18000 tiub vakum, luas 30 ke 50 kaki dan menggunakan kuasa 16000 watts.


Generasi kedua komputer 1956-1963

Transistor menggantikan tiub vakum dimana ia peranti lebih kecil yang menukar signal elektronik merentasi perentang. Transistor tidak menghasilkan haba yang banyak(tidak panas) dan kurang menggunakan tiub vakum.


Generasi  ketiga komputer 1964-1971

Sirkit integrasi menggantikan transistor, ia merupakan sirkit elektronik yang lengkap di atas cip yang kecil di perbuat daripada silicon, ia sangat sesuai, kecil dan murah berbanding transistor.

Generasi keempat komputer 1971-akan datang


Menggunakan mikropemprosesan, daripada beribu sirkit integrasi bertukar kepada cip silicon yang tunggal, cip intel 4004 dibangunkan pada 1971, dimana terletaknya semua komponen komputer daripada unit pemprosesan pusat dan memori untuk pengawalan input output diatas cip tunggal.

Generasi kelima komputer (akan datang)


Berdasrkan kepada kepintaran buatan dimama telah dibina dan dipertingkatkan pembangunannya seperti Face Verification (pengenalan melalui wajah) yang mana telah digunakan kini. 


TEKNOLOGI


PEMINDAHAN DATA



SECARA BERSIRI

Dalam pemindahan data secara bersiri (serial), bit data bergerak satu demi satu secara terus menerus.  Keadaannya sama seperti motokar yang melalui jambatan lorong tunggal. Kebanyakan data yang dihantar melalui telefon adalah jenis bersiri (serial). Port modem dibelakang komputer dinamakan port bersiri (serial port).  Kabel dan sambungan bersiri dipanggil juga dengan nama ‘RS-232C’ dan port komunikasi.


SECARA SELARI
Dalam pemindahan data secara selari (parallel), bit data bergerak secara berasingan selari diantara satu dengan lain.  Keadaannya adalah sama seperti motokar melalui lebuh raya yang mempunyai banyak lorong dengan kelajuan yang sama.  Pergerakan data secara selari adalah terhad kepada jarak dekat sahaja.  Pemindahan data dalam komputer dan komputer dengan pencetak adalah secara selari (parallel).

SALURAN KOMUNIKASI
saluran telefon
kabel sepaksi (coaxial cable)
kabel pasangan terpiuh (twisted pairs cable)
kabel optik gentian (fibre optic cable)
gelombang mikro (microwave), dan
satelit 












INTERNET
Internet ialah singkatan bagi perkataan ‘inter-network’. Internet ialah rangkaian (network) bagi rangkaian komputer global (Wide area Network- WAN) yang menghubungkan berjuta-juta komputer didunia.
Ini bermakna jika anda mempunyai sebuah komputer dengan modem dan talian telefon maka anda telah berada dalam rangkaian (network) komputer di Malaysia. Rangkaian komputer (network) di Malaysia dihubungkan dengan rangkaian komputer diluar negara dan ini di namakan Internet.



BAGAIMANA DATA DAN MAKLUMAT DIWAKILI
DALAM KOMPUTER
Kita menggunakan nombor 10 digit (0,1,2,3,4,5,6,7,8,9) dalam kehidupan seharian.  Komputer menggunakan nombor perduaan (binary numbers) yang hanya mempunyai dua digit/angka iaitu ‘0’ dan ‘1’.  Dalam komputer ‘0’ diwakili oleh arus elektrik dalam keadaan ‘off’ (voltan rendah) dan ‘1’ diwakili oleh arus elektrik dalam keadaan ‘on’ (voltan tinggi).  Semua data yang dimasukkan ke dalam komputer akan ditukarkan kepada nombor perduaan (binary numbers).

Sebagai contoh jika ditaip huruf ‘H’, isyarat elektronik yang dimasukkan ke dalam komputer ialah 01001000.

















Akhir sekali minggu kedua ini kami di beri tugasan menyediakan majalah atau buku mengikut majalah yang di komersialkan di pasaran. 

sekian.





No comments:

Post a Comment