Teknologi Maklumat (Information Technology)
atau IT dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi
yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas
berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat
dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,
melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa
mengira tempat dan waktu.
TEKNOLOGI KOMPUTER
Perkataan ‘multimedia’ telah menjadi sebutan orang ramai mulai
pertengahan 1990an Mulitimedia adalah
teknologi yang mempersembahkan maklumat dalam bentuk lebih daripada satu media
iaitu teks, grafik, animasi, video, muzik dan suara. Komputer Peribadi Multimedia (MPC) adalah
komputer yang boleh menghasilkan bunyi dan video, menjalankan CD-ROM dan
memainkan permainan (games).
Pada
tahun 1988 penjadual Elektronik (electronic organisers) kecil telah
dipernalkan. Kegunaannya adalah untuk
menyimpan nombor telefon dan senarai tugasan harian. Pada tahun 1993 penjadual elektronik telah
digantikan oleh pembantu digital personal (personal digital assistant) atau
ringkasnya ‘PDA’. PDA boleh menyimpan
kalender temu janji, menulis memo, mendapat perkhidmatan Internet, menghantar
faks dan e-mail.
OPERASI KOMPUTER YANG ASAS
(a) Input - Input bermakna memasukkan data ke dalam komputer dan memberikan
arahan. Perkakasan yang digunakan ialah
papan kekunci, tetikus, pengimbas dan
lain- lain
(b) Pemprosesan
dan ingatan - Pemprosesan dijalankan dengan menggunakan perisian dan data yang diproses tersimpan dalam memori utama atau RAM
(c) Output - Segala data dan maklumat yang telah diproses akan ditunjukkan melalui
monitor dan pencetak
(d) Storan
sekunder - Menyimpan maklumat dalam cakera liut,
cakera keras, CD-ROM dan pita magnetik
(e) Komunikasi - Cara maklumat dihantar dan diterima oleh komputer
(e) Komunikasi - Cara maklumat dihantar dan diterima oleh komputer
SEJARAH TEKNOLOGI MKLUMAT
Generasi pertama komputer 940-1956
Tiub vakum
diperkenalkan. Merupakan alat elektronik diperbuat daripada kaca dan digunakan
sebagai komponen komputer untuk menyimpan memproses data, generasi komputer
pertama (ENIAC) mempunyai berat 30 tan, 18000 tiub vakum, luas 30 ke 50 kaki
dan menggunakan kuasa 16000 watts.
Generasi kedua komputer 1956-1963
Transistor
menggantikan tiub vakum dimana ia peranti lebih kecil yang menukar signal
elektronik merentasi perentang. Transistor tidak menghasilkan haba yang
banyak(tidak panas) dan kurang menggunakan tiub vakum.
Generasi ketiga komputer 1964-1971
Sirkit
integrasi menggantikan transistor, ia merupakan sirkit elektronik yang lengkap
di atas cip yang kecil di perbuat daripada silicon, ia sangat sesuai, kecil dan
murah berbanding transistor.
Generasi keempat komputer 1971-akan datang
Menggunakan
mikropemprosesan, daripada beribu sirkit integrasi bertukar kepada cip silicon
yang tunggal, cip intel 4004 dibangunkan pada 1971, dimana terletaknya semua
komponen komputer daripada unit pemprosesan pusat dan memori untuk pengawalan
input output diatas cip tunggal.
Generasi kelima komputer (akan datang)
Berdasrkan
kepada kepintaran buatan dimama telah dibina dan dipertingkatkan pembangunannya
seperti Face Verification (pengenalan
melalui wajah) yang mana telah digunakan kini.
TEKNOLOGI
PEMINDAHAN DATA
SECARA BERSIRI
Dalam pemindahan data secara bersiri
(serial), bit data bergerak satu demi satu secara terus menerus. Keadaannya sama seperti motokar yang melalui
jambatan lorong tunggal. Kebanyakan data
yang dihantar melalui telefon adalah jenis bersiri (serial). Port modem dibelakang komputer dinamakan port
bersiri (serial port). Kabel dan
sambungan bersiri dipanggil juga dengan nama ‘RS-232C’ dan port komunikasi.
SECARA SELARI
Dalam pemindahan data secara selari
(parallel), bit data bergerak secara berasingan selari diantara satu dengan
lain. Keadaannya adalah sama seperti
motokar melalui lebuh raya yang mempunyai banyak lorong dengan kelajuan yang
sama. Pergerakan data secara selari
adalah terhad kepada jarak dekat sahaja.
Pemindahan data dalam komputer dan komputer dengan pencetak adalah
secara selari (parallel).
SALURAN KOMUNIKASI
SALURAN KOMUNIKASI
saluran telefon
kabel sepaksi (coaxial cable)
kabel pasangan terpiuh (twisted pairs cable)
kabel optik gentian (fibre optic cable)
gelombang mikro (microwave), dan
satelit
INTERNET
Internet ialah singkatan bagi perkataan
‘inter-network’. Internet ialah rangkaian (network) bagi rangkaian komputer
global (Wide area Network- WAN) yang menghubungkan berjuta-juta komputer
didunia.
Ini bermakna jika anda mempunyai sebuah
komputer dengan modem dan talian telefon maka anda telah berada dalam rangkaian
(network) komputer di Malaysia. Rangkaian komputer (network) di Malaysia dihubungkan dengan rangkaian
komputer diluar negara dan ini di namakan Internet.

BAGAIMANA DATA DAN MAKLUMAT DIWAKILI
DALAM KOMPUTER
DALAM KOMPUTER
Kita menggunakan nombor 10 digit
(0,1,2,3,4,5,6,7,8,9) dalam kehidupan seharian.
Komputer menggunakan nombor perduaan (binary numbers) yang hanya
mempunyai dua digit/angka iaitu ‘0’ dan ‘1’.
Dalam komputer ‘0’ diwakili oleh arus elektrik dalam keadaan ‘off’
(voltan rendah) dan ‘1’ diwakili oleh arus elektrik dalam keadaan ‘on’ (voltan
tinggi). Semua data yang dimasukkan ke
dalam komputer akan ditukarkan kepada nombor perduaan (binary numbers).
Sebagai contoh jika ditaip huruf ‘H’,
isyarat elektronik yang dimasukkan ke dalam komputer ialah 01001000.
sekian.









