Wednesday, 18 December 2013

MINGGU 6 (tugasan powerpoint AirAsia)

Pada minggu yang keenam masih lagi belajar menggunakan microsoft powerpoint sama dengan yang sebelum ini tetapi minggu ini tugasan yang diberikan agak berlainan yang mana tugasan minggu ini kami diarahkan membuat atau meniru slide2 yang ada pada laman web airasia dengan menggunakan powerpoint berikut adalah laman wab tugasan berikut http://www.airasia.com/my/en/home.page 

dan disini juga saya sertakan contoh2 slide yang perlu dibuat.






minggu ini tugasan yang diberi ialah meniru semula slide2 tersebut dengan menggunakan microsoft powerpoint kecuali gambar2 dan gambar belakang sahaja yang tidak perlu buat, semua tugasan ini menggunakan shapes,clip art,picture symbol dan lain2 yang berkenaan.dan disini saya akan sertakan tugasan yang sudah disiapkan

lihat gambar dibawah.





berikut adalah tugasan yang telah saya siapkan, dan dapat kita lihat disini bahawa ada penggunaan shapes, clip art, dan symbol, dan wordart..konsepnya sama seperti tugasan2 yang sebelumnya untuk pengetahuan yang lebih lanjut boleh lihat gambar dibawah..



lihat gambar tersebut terutamanya yang dibulatkan untuk membuat slide yang lain ini adalah kaedah atau cara yang digunakan oleh kami seperti mana yang di ajar di dalam kelas.


Sunday, 15 December 2013

MINGGU 5 (power point)

Minggu kelima (hari jumaat) belajar menggunakan microsoft power point.





pada hari yang sebelumnya belajar menggunakan microsoft word untuk membuat pemflet..tapi pada hari ini belajar menggunakan microsoft powerpoint yang mana powerpoint ini kebiasaannya digunakan untuk membuat pembentanagan, kegunaannya dan caranya atau konsepnya sama seperti microsoft word cuma perbezaannya adalah membuat dokumen dan pembentangan, di sini saya akan keluarkan contoh2 pembentangan yang telah lengkap.





berikut adalah contoh2 hasil daripada powerpoint, dan untuk contoh yang lebih mudah kita gunakan tema rukun islam. jika kita lihat gambar diatas dapat kita lihat bahawa cara2 menggunakan powerpoint ada sedikit berbeza dengan microsoft word, tetapi sekiranya kita sudah mahir menggunakan microsoft word maka powerpoint kita akan dapat kuasai, untuk pengetahuan yang lebih lanjut, boleh lihat gambar dibawah sebagai langkah2 yang mudah dan senang.




gambar diatas menunjukkan kepada kita langkah2 dan cara2 menggunakan microsoft powerpoint, dan dapat kita lihat bahawa penggunaan shapes,clip art,picture dan lain2 amat banyak digunakan, kesimpulannya konsepnya sama seperti microsoft word.

sekian..


Thursday, 12 December 2013

MINGGU 5 (columns)



Minggu kelima (hari isnin) masih lagi belajar menggunakan microsoft word tetapi kaedah yang lain, yang mana pada minggu ini belajar tentang columns dan orientation (landskap),

untuk lebih lanjut sila lihat gambar rajah dibawah..
.

Sebagai langkah kedua lihat gambar di bawah, dapat kita lihat bahawa penggunaan symbol juga ada dalam bab ini

lihat gambar tersebut


seterusnya dalam bab ini kita lihat ada gambar kereta, penggunaan shapes dan clip art sebagai mana gambar dibawah.
 jadi itu saja langkah dan cara-cara untuk kita buat pemflet yang berupa sedemikian.dan tulisan2 itu kita boleh taip dengan cara yang biasa

Wednesday, 11 December 2013

MINGGU 4 (susun atur table)

Assalamualaikum...


Minggu keempat blajar tentang susun atur table menggunakan microsoft office word, gambar di atas menunjukkan kpada kita bahawa selain menggunakan table ada juga menggunakan shapes,clip art,bottom border dan lain2 yang berkenaan dengannya, sebagai mana gambar rajah dibawah







 
Gambar diatas menunjukkan kepada kita bahawa penggunaan table dan bottom border, sebelum menggunakan bottom border gambar ini nampak tidak tersusun sebagai mana gambar rajah di bawah.

 dan ini yang dipelajari dalam menggu keempat iaitu cara penggunaan table,bottom border dan lain2 yang terdapat dalam gambar rajah tersebut.

Monday, 2 December 2013

MINGGU 3 (muka depan majalah)

Assalamualaikum, 

  Pada minggu ketiga ini saya ditugaskan menyiapkan muka depan majalah solusi sebagaimana gambar rajah di atas, dengan menggunakan Microsoft word, di sini saya akan tunjukkan cara2 dan teknik2 yang boleh menghasilkan karya di atas tersebut dengan menggunakan Microsoft word sahaja, sebelum ini yang kita tahu Microsoft word ini hanyalah satu software yang menaip dokumen2 sahaja sama ada pjabat,sekolah mahupun syarikat, tetapi di sini saya buktikan dengan menggunakan Microsoft word ini saya dapat menghasilkan majalah yang agak sempurna sebagaimana gambar rajah tersebut.. 




TEKNIK DAN CARA-CARANYA

1.MICROSOFT WORD



  Pertama sekali kita mestilah membuka software Microsoft word, kerana disini kita hanya tumpukan kepada Microsoft word sahaja, selepas selesai membuka kita akan dapat lihat ruang kosong untuk menaip apa2 maklumat, ok disini saya akan tunjukkan langkah2nya..


LANGKAH 1

  klik papan insert dan kemudian kita akan dapat lihat pelbagai jenis bahan2 yang boleh membantu kita terutama bahagian shapes di situ kita dapat lihat pelbagai aneka bentuk yang boleh kita gunakan dalam mengkretivitikan kerja dan latihan kita, Cuma sekarang kita hanya fokuskan kepada muka depan majalah solusi ini, jadi kita ambil segi empat kotak(rectangle). Sebagai contoh kita boleh lihat gambar dibawah


Alhamdulillah dengan adanya contoh diatas jelas kita lihat bahawa senag saja kerjanya, hehe bagi bulatan yang berwarna merun itu adalah papan insert dan bulatan yang berwarna hitam jelas kita lihat ia adalah shapes dan bulatan merah adalah pilihannya iaitu segi empat kotak ataupun rectangle.Ok seterusnya kita boleh lihat contoh testing di bawah supaya lebih jelas dan mudah.


Disini dapat kita lihat ada 3 petak yang mengikut turutan, pada petak yang pertama kita dapat lihat bahawa ia adalah hasil yang kita ambil daripada shapes dan rectangle, dan pada petak yang ketua itu kita ubahkan warna petak tersebut, sebagai contoh diatas pada bulat yang pertama yang berwarna hijau itu adalah warna pada petak dalam, sebelum itu warnanya biru dan kita tukarkan kpada warna hitam, dan bulatan yang kedua warna oren iaitu format shape, fungsinya untuk kita settingkan sdikit yang mana kita rasa agak kurang memuaskan, dan pada bulatan yang ketiga ialah add text, kita boleh klikkan didalam halaman kotak hitam dan boleh menulis ayat tersebut.



LANGKAH 2



Perkataan SOLUSI, bagi yang mahir dalam microsoft ini mereka dapa tahu dengan secara langsung bagaimana nak menghasilkan perkataan SOLUSI dengan bentuk sedemikian, tapi bagi yang tidak mahir kita boleh tunjukkan cara-caranya,


Pada bulatan yang pertama yang bertulis WORDART dan pmilihan bentuk huruf yang macam mana kita inginkan, seterusnya bulatan yang kedua bertulis HOME, setelah selesai menulis kita boleh pergi ke papan HOME dan pilih tulisan times new roman dan hitamkan tulisan tersebut.



LANGKAH 3 DAN 4


Langkah ketiga dan keempat sama caranya seperti langkah yang pertama iaitu menggunakan shapes,insert,add text dan warna dan lain2 seperti langkah yang pertama.



LANGKAH 5


Disini dapat kita lihat bahawa langkah yang kelima ini konsepnya sama seperti langkah yang kedua yang mana kita perlu klik pada papan insert,wordart,papan home (untuk pilih tulisan dan saiznya) dan warnakannya, yang membezakannya ialah keadaan ayat tersebut, mudah dan senang hanya keybord space sahaja boleh menyelesaikannya.



LANGKAH 6



Langkah keenam antara langkah yang terakhir yang mana kita perlu menggunakan text box dan draw text box, dari apa yang kita lihat langkah keenam ini agak sukar da agak mudah 50% la lbeh kurang, tapi bagi yang sudah mahir dalam microsoft word ini mereka akan nampak mudah sahaja.




LANGKAH 7



Sebagaimana yang kita lihat digambar diatas langkah yang ketujuh ini konsepnya sama juga seperti langkah2 yang lain yang mana ianya menggunakan shapes dan pilih bentuk yang di dibulatkan tersebut dan kita boleh klik kanan mouse kita dan tkan format shapes untuk jadikan seperti duit syiling tersebut, dan bagaimana kita nak hasilkan banyak duit syiling yang macam dalam gambar tersebut caranya ialah copy dan paste. seterusnya ialah garisan hitam dibawah, garisan itu sama seperti langkah yang pertama.



LANGKAH 8

Langkah kelapan ialah langkah yang terakhir, yang mana kita perlu memuat cop sirim seperti majalah2 dipasaran, caranya agak mudah hanya menggunakan draw text box dan buat satu petak kecil dan tuliskan nombor sirim tersebut, kemudian kita hanya perlu pergi ke shapes untuk amik line (garisan tegak) dan buat satu garisan pendek yang agak2 muat dalam petak tersebut, kemudian step yang terakhir copy,paste dan susun garisan tersebut.


Selesai tugas anda selesai tugas saya dan hasilnya.


 Sekian terima kasih.







Sunday, 17 November 2013

MINGGU 2 (teknologi maklumat)

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMPUTER
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.



TEKNOLOGI KOMPUTER

Komputer multimedia
Perkataan ‘multimedia’ telah menjadi sebutan orang ramai mulai pertengahan 1990an  Mulitimedia adalah teknologi yang mempersembahkan maklumat dalam bentuk lebih daripada satu media iaitu teks, grafik, animasi, video, muzik dan suara. Komputer Peribadi Multimedia (MPC) adalah komputer yang boleh menghasilkan bunyi dan video, menjalankan CD-ROM dan memainkan permainan (games).


Pembantu digital persona
Pada tahun 1988 penjadual Elektronik (electronic organisers) kecil telah dipernalkan.  Kegunaannya adalah untuk menyimpan nombor telefon dan senarai tugasan harian.  Pada tahun 1993 penjadual elektronik telah digantikan oleh pembantu digital personal (personal digital assistant) atau ringkasnya ‘PDA’. PDA boleh menyimpan kalender temu janji, menulis memo, mendapat perkhidmatan Internet, menghantar faks dan e-mail.





OPERASI KOMPUTER YANG ASAS

(a) Input - Input bermakna memasukkan data ke dalam komputer dan memberikan arahan.  Perkakasan yang digunakan ialah papan  kekunci, tetikus, pengimbas dan lain- lain
(b) Pemprosesan dan ingatan - Pemprosesan dijalankan dengan menggunakan  perisian dan data yang diproses tersimpan dalam memori utama atau RAM
(c) Output - Segala data dan maklumat yang telah diproses akan ditunjukkan melalui monitor dan pencetak
(d) Storan sekunder - Menyimpan maklumat dalam cakera liut, cakera keras, CD-ROM dan pita magnetik
(e) Komunikasi - Cara maklumat dihantar dan diterima oleh komputer













SEJARAH TEKNOLOGI MKLUMAT


Generasi pertama komputer 940-1956

Tiub vakum diperkenalkan. Merupakan alat elektronik diperbuat daripada kaca dan digunakan sebagai komponen komputer untuk menyimpan memproses data, generasi komputer pertama (ENIAC) mempunyai berat 30 tan, 18000 tiub vakum, luas 30 ke 50 kaki dan menggunakan kuasa 16000 watts.


Generasi kedua komputer 1956-1963

Transistor menggantikan tiub vakum dimana ia peranti lebih kecil yang menukar signal elektronik merentasi perentang. Transistor tidak menghasilkan haba yang banyak(tidak panas) dan kurang menggunakan tiub vakum.


Generasi  ketiga komputer 1964-1971

Sirkit integrasi menggantikan transistor, ia merupakan sirkit elektronik yang lengkap di atas cip yang kecil di perbuat daripada silicon, ia sangat sesuai, kecil dan murah berbanding transistor.

Generasi keempat komputer 1971-akan datang


Menggunakan mikropemprosesan, daripada beribu sirkit integrasi bertukar kepada cip silicon yang tunggal, cip intel 4004 dibangunkan pada 1971, dimana terletaknya semua komponen komputer daripada unit pemprosesan pusat dan memori untuk pengawalan input output diatas cip tunggal.

Generasi kelima komputer (akan datang)


Berdasrkan kepada kepintaran buatan dimama telah dibina dan dipertingkatkan pembangunannya seperti Face Verification (pengenalan melalui wajah) yang mana telah digunakan kini. 


TEKNOLOGI


PEMINDAHAN DATA



SECARA BERSIRI

Dalam pemindahan data secara bersiri (serial), bit data bergerak satu demi satu secara terus menerus.  Keadaannya sama seperti motokar yang melalui jambatan lorong tunggal. Kebanyakan data yang dihantar melalui telefon adalah jenis bersiri (serial). Port modem dibelakang komputer dinamakan port bersiri (serial port).  Kabel dan sambungan bersiri dipanggil juga dengan nama ‘RS-232C’ dan port komunikasi.


SECARA SELARI
Dalam pemindahan data secara selari (parallel), bit data bergerak secara berasingan selari diantara satu dengan lain.  Keadaannya adalah sama seperti motokar melalui lebuh raya yang mempunyai banyak lorong dengan kelajuan yang sama.  Pergerakan data secara selari adalah terhad kepada jarak dekat sahaja.  Pemindahan data dalam komputer dan komputer dengan pencetak adalah secara selari (parallel).

SALURAN KOMUNIKASI
saluran telefon
kabel sepaksi (coaxial cable)
kabel pasangan terpiuh (twisted pairs cable)
kabel optik gentian (fibre optic cable)
gelombang mikro (microwave), dan
satelit 












INTERNET
Internet ialah singkatan bagi perkataan ‘inter-network’. Internet ialah rangkaian (network) bagi rangkaian komputer global (Wide area Network- WAN) yang menghubungkan berjuta-juta komputer didunia.
Ini bermakna jika anda mempunyai sebuah komputer dengan modem dan talian telefon maka anda telah berada dalam rangkaian (network) komputer di Malaysia. Rangkaian komputer (network) di Malaysia dihubungkan dengan rangkaian komputer diluar negara dan ini di namakan Internet.



BAGAIMANA DATA DAN MAKLUMAT DIWAKILI
DALAM KOMPUTER
Kita menggunakan nombor 10 digit (0,1,2,3,4,5,6,7,8,9) dalam kehidupan seharian.  Komputer menggunakan nombor perduaan (binary numbers) yang hanya mempunyai dua digit/angka iaitu ‘0’ dan ‘1’.  Dalam komputer ‘0’ diwakili oleh arus elektrik dalam keadaan ‘off’ (voltan rendah) dan ‘1’ diwakili oleh arus elektrik dalam keadaan ‘on’ (voltan tinggi).  Semua data yang dimasukkan ke dalam komputer akan ditukarkan kepada nombor perduaan (binary numbers).

Sebagai contoh jika ditaip huruf ‘H’, isyarat elektronik yang dimasukkan ke dalam komputer ialah 01001000.

















Akhir sekali minggu kedua ini kami di beri tugasan menyediakan majalah atau buku mengikut majalah yang di komersialkan di pasaran. 

sekian.